:
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD

Sekolah Menengah Islam A1-Irsyad (SMAI) tetah ditubuhkan pada bulan Disember 1995, bertempat di kawasan tanah yang sama dengan Sekolah Rendah Islam A1-Irsyad iaitu di Kampung Kurnia. Batu 31/2 Kuantan.

Pada peringkat permulaan hanya terdapat lebih kurang 33 orang pelajar, 27 orang di Tingkatan Satu dan 6 orang di Tingkatan Dua. Sehingga kini bilangan pelajar telah meningkat kepada 160 orang. SMAI mempunyai kakitangan seramai 14 orang iaitu 12 orang guru, seorang kerani dan seorang pembantu am.

Memandangkan kepada keperluan untuk meneruskan sistem pendidikan yang diasaskan Sekolah Rendah Islam A1-Irsyad, maka SMAI telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dalam menyediakan sistem pendidikan Islam secara integrasi, menyeluruh dan formal selaras dengan Falsafah Pendidikan Islamnya.

Walaupun di peringkat awal SMAI hanya mempunyai 2 blok bangunan yang terdiri daripada sebuah pejabat, sebuah surau, sebuah bilik makan, sebuah bilik asrama, 2 buah kelas. sebuah bilik warden asrama, sebuah perpustakaan dan 2 buah stor tanpa kemudahan yang mencukupi seperti makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. Namun ianya tidaklah menjadi penghalang kepada SMAI dalam mengharungi sistem pendidikan yang mencabar ini.

Asrama yang diwujudkan adalah untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah, Di samping memberi kemudahan penginapan, kewujudannya juga memudahkan aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan.

Semoga di masa akan datang SMAI akan dapat beroperasi dengan lebih berkesan serta dapat memberi pendidikan yang lebih baik kepada masyarakat.